Pengenalan
APAKAH PERKHIDMATAN KAUNSELING?
Perkhidmatan ini disediakan khas untuk membimbing dan membantu murid memahami dirinya sendiri serta mampu mencipta kehidupan yang bermakna pada masa depan. Perkhidmatan ini berfokuskan kepada empat bidang utama iaitu Bidang Psikososial dan Kesejahteraan Mental, Bidang Kerjaya, Bidang Pembangunan Sahsiah Diri dan Bidang Peningkatan Disiplin.
ETIKA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
- SEGALA MAKLUMAT ADALAH RAHSIA
- SALING HORMAT MENGHORMATI
- PENERIMAAN TANPA SYARAT
- KEPENTINGAN MURID DIUTAMAKAN
OBJEKTIF PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Perkhidmatan percuma dan ikhlas ini adalah untuk :
- Mengenal dan memahami diri sendiri. Apakah kelemahan dan kekuatan yang ada pada diri seseorang murid.
- Merancang masa depan yang sesuai dengan kemampuan dan matlamat hidup.
- Belajar menghargai sumbangan dan jasa ibu bapa, guru‐guru dan rakan‐rakan.
- Membuat penyesuaian peribadi, akademik, sosial, emosi dan persekitaran.
- Membantu pelajar memilih kerjaya yang bersesuaian dengan minat dan personalitinya.
- Melatih berfikir secara rasional dan bertindak dengan berkesan serta mampu membuat keputusan tepat.
- Membentuk ciri‐ciri akhlak yang baik untuk menjadi warganegara yang berguna.
- Mendedahkan bakat, minat dan kelebihan‐kelebihan diri/potensi diri yang terpendam.
CARA HENDAK BERJUMPA DENGAN KAUNSELOR
- DATANG KE BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING
- AMBIL BORANG TEMUJANJI DAN LENGKAPKAN
- KEMBALIKAN BORANG KEPADA KAUNSELOR
- PASTIKAN TARIKH DAN MASA TEMUJANJI TERSEBUT DENGAN KAUNSELOR
JADILAH MURID YANG YAKIN DIRI DAN MAMPU MENCAPAI POTENSI DIRI PADA TAHAP YANG TERTINGGI.
BLOG UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK RAKYAT TUPONG (RaTu)
Blog Unit Bimbingan & Kaunseling SK RaTu ini ditubuhkan secara rasminya pada 05 Februari 2019. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga SK RaTu dan semua pengunjung blog ini tentang aktiviti yang dijalankan dan info berguna dari masa ke semasa.
Unit Bimbingan & Kaunseling SK RaTu akan cuba sebaik mungkin memberi perkhidmatan kepada mereka yang memerlukan dan seterusnya memberi impak positif terhadap sekolah dan persekitarannya, serta melahirkan generasi murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
Sekian, Terima kasih.